Saturday, August 24, 2013

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DIPULIHKAN MELALUI AKTIVITI SEKS! ?



5 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN MELALUI AKTIVITI SEKS | Rupa-rupanya aktiviti seks juga boleh meredakan penyakit-penyakit tertentu yang biasa dideritai oleh manusia. Mengapa begitu? Ini kerana, ketika melakukan hubungan intim, anda dan pasangan menciptakan hawa panas yang berfungsi juga sebagai aspirin ataupun ubat tidur, juga sebagai pembakar kalori dalam tubuh, dan meningkatkan beberapa hormon untuk meredakan penyakit.
Berikut 5 penyakit yang boleh disembuhkan melalui hubungan seks:
1. Flu/Demam
Seks dapat meningkatkan zat antibodi dalam tubuh, terutama jika dilakukan dua kali seminggu. Antibodi yang dihasilkan iaitu immunoglobulin A yang berfungsi mencegah virus flu dan infeksi pernafasan lain daripada menyerang tubuh Anda.
2. Migrain
Hal ini berdasarkan hasil kajian oleh South Illinois School of Medicine, dengan sampel 52 orang pesakit migrain membuktikan bahawa setelah mengalami orgasme sebanyak 16 kali, dinyatakan migrain berkurang dan 8 orang sembuh dari penyakit ini.
Ketika melakukan hubungan intim, tubuh menghasilkan cairan endorphin yang berasal dari otak. Cairan ini menenangkan saraf otak tegang sehingga boleh mengurangi rasa sakit kepala akibat migrain.
3. Insomnia
Mereka yang menderita insomnia sebaiknya melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum tidur. Ketika seks berlangsung, hormon oxytocin akan dilepaskan oleh tubuh dan menyebabkan anda rasa mengantuk. Hormon ini lebih banyak dihasilkan oleh wanita berbanding lelaki.
4. Sakit Perut
Bagi wanita, sakit perut akibat datang bulan sangatlah mengganggu aktiviti. Untuk meredakannya anda boleh lakukannya dengan seks. Hal ini kerana pada saat orgasme berlangsung otot uterin mengeluarkan sejenis bahan kimia yang boleh meredakan rasa sakit akibat datang bulan.
5. Depression
Depresi atau adalah tekanan emosi luar biasa yang menyebabkan penderitanya selalu cemas dan risau. Untuk menghilangkan depresi tidak perlu dengan ubat anti-depresi, sebaliknya cukup dengan melakukan seks bersama pasangan. Menurut seorang ahli psikologi (profesor) di University of Virginia, menjelaskan, seks dapat menghasilkan hormon oxytocin, endorphin dan lainnya yang menyenangkan yang boleh meningkatkan mood baik, dan sebagai anti-depresi semulajadi dari tubuh.

No comments:

Post a Comment