KUALA LUMPUR:
Seorang wanita mendakwa menderita akibat tindakan melampau
suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki
lain yang sengaja dibawa ke rumah, dipercayai semata-mata untuk
memuaskan nafsu gila lelaki itu, sejak empat tahun lalu.
Malah,
ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30 tahun itu
terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada suaminya
atau tetamu tidak diundang terbabit.
Insiden
terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit mengarahkan isterinya
melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil diperhatikannya.
Tidak
tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu nekad melaporkannya
kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di rumahnya,
kelmarin.
Dalam
laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu
mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki
serentak iaitu suami dan kawan suaminya.
Perbuatan
itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang kali membabitkan
beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke rumah sejak
mereka mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu.
Dalam
kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita berkenaan berkunjung ke
rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan Bukit Indah, Ampang,
jam 10 malam.
“Wanita
terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi mangsa nafsu
pelik suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan mahu
ke kedai.
“Ketika
itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya,” katanya.
Sumber
terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita berkenaan pulang ke
rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air sebelum lelaki
itu meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan rakannya.
“Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik suaminya sebelum disuruh masuk ke bilik.
“Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya masuk ke bilik itu,” katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus melakukan hubungan seks bersama isterinya sambil ditonton rakannya.
“Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton aksi seks pasangan terbabit.
“Lelaki
itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama pasangan berkenaan
dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu semata-mata
mahu memenuhi selera seks pelik suaminya,” katanya.
Menurut
sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais bersama anggota
polis tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan kedua-dua lelaki
terbabit berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 30-an dan 40-an adalah jurutera di syarikat swasta.
Sementara
itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan,
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan kedua-dua
lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas keterangan mereka diambil.
Menurutnya,
polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan mangsa dihantar
menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan menyeluruh perlu
dilakukan.
“Selain
suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut dipanggil memberi
keterangan dan polis juga akan mengambil keterangan anak mereka yang
berusia tiga tahun.
“Kami
masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada tanda menunjukkan
wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu kedua-dua lelaki terbabit,
tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.
Semua
bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui pada tilam dan
bantal sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut
dilakukan.
Sementara
itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini pernah meminta cerai
daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk setiap kali
isterinya mengajukan hasrat berkenaan.