Thursday, January 16, 2014

Wanita Habiskan Stik 2kg Tak Sampai 3 Minit!

:



Nampak saja kurus tapi ibu empat anak dalam video di bawah mampu menghabiskan stik daging seberat 2 kilogram dalam masa tak sampai tiga minit.

Malah, dia kelihatan selamba masih mampu menguyah kentang goreng selepas selesai menghabiskan stik.

Keupayaan menghabiskan stik sebesar itu dalam masa 2:45 minit membuatkan Molly Schuyler bukan sahaja memenangi pertandingan makan stik yang dianjurkan restoran Sayler di Portland, Oregon malah memecahkan rekod dunia Guiness.

Rekod dunia yang dicatatkan untuk masa terpantas menghabiskan stik serupa sebelum ini adalah 6:48 minit.

Schuyler yang berasal dari Nebraska, Amerika Syarikat dan mempunyai berat badan 54 kilogram menyatakan; kebiasaan berlumba makan dengan adik beradik ketika kecil menjadi faktor dia mampu menghabiskan hidangan bersaiz besar itu.

Pada masa sama, dia menyatakan kebolehan makan dengan cepat dan banyak sudah berada dalam genetik keluarganya.

No comments:

Post a Comment