Kulit kering mempunyai tekstur yang kasar dan kering. Malah adakalanya kulit yang kering juga kelihatan kusam dan tidak bermaya. Dengan liang porinya yang mengecil dan tanpa lembapan sudah cukup untuk membuat kulit menjadi kering dan merekah.
Jika tidak dirawat lebih awal, tanda-tanda penuaan akan mudah kelihatan jika berbanding jenis kulit yang lain.
Jadi untuk meneutralkan kembali kulit kamu, anda disarankan untuk mengamalkan 3 langkah penjagaan muka iaitu, membersih, penyegar dan pelembab.
Malah dengan ekstark Likuoris dan vitamin c juga membantu melindungi kulit daripada kesan pancaran UV yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Paling penting gunakan krim pelembab bagi menangani masalah kulit kering anda.
Cubalah krim pelembab siang dan malam. Ia dapat memastikan kulit sentiasa lembab dan terjaga. Ia juga membantu menganjalkan kulit dengan kompleks Co-enzim dan Vitamin E serta membantu memulihkan tisu-tisu kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus.
No comments:
Post a Comment