Tuesday, November 26, 2013

Misteri ! Seluar Dari Kulit Manusia Khas Untuk Ahli Sihir


 Di Muzium Sihir di Iceland ( Museum of Icelandic Sorcery and Witchcraft ) di Holmavik , memaparkan sepasang seluar yang diperbuat daripada kulit manusia asli . Menurut UPI.com , seluar kulit itu dicipta pada abad ke - 17 , berasal dari kulit ahli penyihir dan diyakini membuat pemakainya akan beruntung dan digunakan untuk sihir .

 Pengamal sihir pada masa itu percaya bahawa kuasa ajaib boleh dipindahkan dengan memakai kulit - nya dan mereka membuat perjanjian siapa pun yang mati lebih dulu akan menjadi sepasang " necropants " . Ahli sihir terakhir yang masih hidup perlu mengambil kulit ahli sihir yang telah mati dalam satu potongan , dan dia boleh memakai kulit itu sebagai sebahagian dari tubuhnya .

 Selepas itu , dia harus mencuri syiling dari seorang janda , dan menempatkannya dalam skrotum ' seluar kulit ' , di samping tanda ajaib yang disebut nábrókarstafur , " untuk menjadi kaya melalui cara ghaib ( menurut kenyataan UPI ) .


No comments:

Post a Comment