Kuala
Lumpur – Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan
siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar
universiti di negeri itu.
Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam
ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat
naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.
Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan
mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain
turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada
berkhalwat.
Tak hormati undang-undang
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya
boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan
terbabit tertakluk kepada JAIP.
Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.
Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka
bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan
universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),
Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan,
Datuk Che Mat Che Ali, menurut sumber Berita Harian.
Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan
Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai
Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.
Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan.
No comments:
Post a Comment