Saturday, April 27, 2013

3 Remaja Maut Di Hanyutkan Kepala Air.????




3 Remaja Maut Di Hanyutkan Kepala Air

3 Remaja Maut Di Hanyutkan Kepala Air | Tiga orang remaja maut di Kuala Kangsar selepas dihanyutkan kepala air dikawasan perkelahan Batu Hampar,Kampung Paya Lintah kelmarin. Mangsa yang maut ialah, Allahyarham Muhammad Khairul Safuan Tajuddin,18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17 dan Nor Aida Azhar,17 manakala seorang lagi mangsa terselamat setelah berpaut pada dahan pokok.

“Kalau umur aku panjang...aku nak kahwin waktu usia 24 tahun nanti, insya-ALLAH...” Itu merupakan hasrat terakhir yang dinyatakan Allahyarham Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, 18 kepada abang kembarnya, Muhammad Khairul Azuan sebelum ditemui lemas.

Muhammad Khairul Safuan dihanyutkan air deras dalam kejadian pada kira-kira jam 5.30 petang di kawasan perkelahan itu sewaktu mandi-manda bersama Muhammad Khairul Azuan serta tujuh rakan lain.

Menurut Muhammad Khairul Azuan, sehari sebelum kejadian, mangsa telah beberapa kali mengulangi ayat 'kalau umur aku panjang' seolah-olah memberi petanda dia akan pergi menghadap Ilahi.

Katanya, pada mulanya dia agak terkejut dengan impian adik kembarnya itu kerana mangsa belum mempunyai teman istimewa dan menganggap ia sebagai gurauan.

"Tapi bila dah jadi macam ni baru saya sedar, mungkin itu salah satu petunjuk yang dia akan pergi," katanya.

Menceritakan kembali kejadian, Muhammad Khairul Azuan berkata, mereka dua beradik serta rakan-rakan lain ke kawasan perkelahan itu secara berkonvoi motosikal.

Katanya, tiba di lokasi lima daripada mereka masing-masing berusia antara 16 hingga 23 tahun mengambil keputusan duduk bersantai atas batu sementara mereka dua beradik bersama dua rakan perempuan bermandi-manda.


3 Remaja Maut Di Hanyutkan Kepala Air


"Kami jarang dapat berkumpul sebelum ini menyebabkan cadangan seorang rakan untuk mandi diterima. Adik kembar saya sebelum ini tidak begitu gemar dengan aktiviti luar apatah lagi mandi ketika cuaca panas.

"Kelakuannya agak berbeza bila begitu riang bermain air. Kami sampai dalam jam 4.30 petang dan beberapa orang awam turut berada di situ. Tak sampai sejam, air deras datang menolak kami dengan kuat.

"Sedar-sedar saya dah ada di dasar air dan cuba berpaut pada dahan pokok untuk mengelak dari hanyut lebih jauh. Sebaik sahaja dapat selamatkan diri, saya cuba cari kelibat adik kembar saya serta dua rakan lain, namun tak kelihatan," katanya.

Tambah Muhammad Khairul Azuan, ketika itu dia sedar mereka mungkin sudah dihanyutkan dan tidak mungkin dapat diselamatkan.

Muhammad Khairul Azuan yang cedera serta calar di lengan, kaki serta beberapa bahagian badan termasuk menerima jahitan di kepala mengakui akan merindui adik kembarnya, tambahan mereka berkongsi minat sama, sering melakukan aktiviti bersama serta sempat mengumpul duit untuk membeli motosikal baru.

Kejadian berpunca dari kepala air dari bukit berhampiran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa terkorban iaitu Farah Anisah Ahmad Rafi serta Nor Aida Azhar masing-masing 17 tahun yang ditemui di dua lokasi berasingan sebaik sahaja operasi menyelamat kedua dilancarkan, 9 malam, kelmarin.


Dah dilarang, tetapi pergi juga


Khuatir dengan keselamatan kedua adiknya, Nur Azlin, 19 yang merupakan kakak kepada Nor Aida telah melarang adiknya pergi ke lokasi kejadian namun mangsa memaklumkan telah berjanji dengan rakan-rakan lain dan akan pulang awal.

"Dari semalam (Khamis) lagi dia cakap nak mandi di situ. Saya cakap tempat tu agak bahaya, tapi dia kata pergi tak lama. Cuma nak mandi saja," katanya ketika ditemui di bilik oeprasi menyelamat di Kampung Paya Lintah, di sini.

Ibu Nor Aida, Maimun Shajudin, 53 telah cuba menghubungi anak ketiga dari empat beradik itu sekitar jam 6 petang namun tidak berjawab.

"Ketika itu ada rasa tak sedap hati. Saya telefon banyak kali namun tak berjaya. Tak lama lepas tu saya dapat panggilan mengatakan dia lemas," katanya.

Nor Aida disifatkan seorang periang dan manja dengan keluarga, manakala Farah Anisah merupakan anak angkat keluarga Maimun.


Operasi menyelamat selesai


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus memaklumkan mayat Muhammad Khairul Safuan ditemui pada jam 6.35 petang, iaitu sejam selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.30 petang sekitar lima Kilometer (KM) dari tempat kejadian oleh orang awam.

Menurutnya, seorang penduduk ternampak tangan mangsa tersangkut pada pokok buluh dan menariknya ke daratan.

"Sebaik operasi menyelamat kedua di sepanjang Sungai Chempiang hingga Empangan Sungai Lanik dilancarkan pada jam 9.30 malam, mayat Farah Anisah dikesan tersangkut pada akar pokok lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian pada jam 9.57 malam.

"Mayat Nor Aida ditemui seorang peniaga pada keesokan hari, kira-kira jam 7.35 pagi di Labu Kubang, 15 KM dari lokasi kejadian," katanya.

Ismail memaklumkan dengan penemuan mangsa terakhir, operasi menyelamat dihentikan serta merta pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad mengesahkan kejadian dan memaklumkan jenazah semua mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.



Tudung : Kenyataan Memey Suhaiza



undefinedundefined


Terbaru mengenai Memey Suhaiza. Dia dikhabarkan telah mengambil keputusan yang sangat menggembirakan semua. Beliau akan bertudung.

Ini adalah kata-kata beliau yang dipetik di portal gua :

Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. Namun, saya bersyukur dan gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga

Sehubungan dengan itu, pastinya yang paling gembira tika ini adalah suami kesayangannya, Norman Hakim.

Gadis sanggup tidur 100 jejaka gara –gara KETAGIH..


Sejak pertama kali berhubungan seksual pada usia 15 tahun, seorang wanita menjadi sangat ketagihan dengan seks. Setiap bulan ia boleh tidur dengan lelaki bersilih ganti
Bahkan di usianya yang kini menginjak 42 tahun, terhitung 1000 lelaki telah ia tiduri.
Crystal Waren (42 tahun) mengenal seks sejak usia 15 tahun, ia pertama kali berhubungan intim dengan teman sekolahnya. Dan sejak saat itu, ia percaya telah langsung ketagihan dengan seks.

Ia sering berhubungan intim dengan teman-teman lelaki sebayanya. Setiap bulan ia boleh berhubungan dengan lelaki baru. Pada usia 17 tahun saja, total ia sudah berhubungan dengan 40 orang.

"Aku tidak berfikir apa pun pada saat itu. Aku fikir semua gadis di desaku juga bereksperimen seperti itu. Aku tidak tahu bahawa 40 lelaki lebih dari kebanyakan yang boleh ditiduri wanita sepanjang hidupnya. Yang aku tahu aku merasa sangat baik ketika sedang berhubungan seks," jelas Crystal Waren, yang lahir di Somerset, England.

Antara usia 17 hingga 20 tahun, Crystal mulai berpetualang dari pub dan klub, di mana dia punya banyak kesempatan untuk memenuhi hasrat seksualnya. Tapi meski bercinta dengan banyak lelaki, Crystal mengaku selalu melakukan seks aman. Dia tidak boleh memiliki anak tetapi seks aman memastikannya agar tidak terinfeksi penyakit menular seksual.

"Aku tidak tahu mengapa aku sangat menikmati seks. Seperti kecanduan yang lain, aku akan moody dan frustasi bila tidak boleh mendapatkan apa yang aku inginkan," jelasnya.

Kini sudah lebih dari 1000 lelaki yang pernah menjadi kekasih dan tidur dengan Crystal. Bahkan suatu hari ia pernah berhubungan seks dengan 7 lelaki berbeza dalam waktu 24 jam.
Kecanduan seks bukan sekadar penyakit akibat tak bosa menahan godaan atau rangsangan seksual saja, tapi juga kerana ketidakberdayaan untuk mengontrol perilaku. Bahkan menurut ahli psikologi, kecanduan seks kini dikategorikan sebagai penyakit saraf.

Berikut ini beberapa peringatan awal yang harus diwaspadai sebagai gejala kecanduan seks, seperti dikutip dari Lifemojo:
1. Menggunakan seks untuk menghilangkan perasaan negatif hingga boleh mendapatkan kesenangan sementara
2. Menyembunyikan perilaku seksual dari pasangan
3. Semua efek sakit dari pekerjaan, hubungan dengan orang lain atau kehidupan sehari-hari akibat obsesi terhadap seks
4. Menyadari bahwa hubungan seks yang dilakukan bisa menjadi masalah jika diketahui oleh publik
5. Ketidakmampuan untuk berhenti dari kehidupan seksual rahsia yang berbahaya secara permanen
6. Melakukan masturbasi secara kompulsif (berulang-ulang) dan melakukan seks yang tidak sihat

Ada pula beberapa perilaku khas yang dimiliki oleh seorang ketagihan seks seperti:
1. Memiliki keasyikan tersendiri dengan seks sepanjang waktu
2. Menjadikan aktivitinya sebagai salah satu ritual
3. Meskipun menyedari bahawa tindakannya salah, para penagih seks akan mampu mengubah perilakunya tapi tetap melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang.

Menurut Maureen Canning, seorang konsultan klinik dari Meadows Addiction Treatment Center, Arizona, untuk benar-benar menyembuhkan seorang pecandu seks diperlukan waktu 2 hingga 5 tahun terapi.

"Terapi kecanduan seks bukan ditujukan untuk menghilangkan hasrat seks seumur hidup, tapi untuk belajar bagaimana melakukan seks dengan betul dan selamat

Friday, April 26, 2013

Kisah Cristiano Ronaldo Menghampiri Islam..





Cristiano-Ronaldo-Mesut-Ozil-Real-Madrid-07Nov11

Ceritanya bermula daripada beliau mula membantu rakyat di Gaza dengan bantuan wang ringgit sebagai menderma hasil daripada gajinya yang tinggi itu. Ronaldo bagaimanapun enggan memberitahu jumlah dermaan tersebut.
Cerita mengenai beliau yang juga menolak untuk menukar jersey dengan pemain Israel dalam perlawanan kelayakan piala Dunia tempoh hari juga mendapat liputan meluas media. Ini dikatakan sebagai antara langkah memboikot Israel yang menyerang Gaza.
553275_456106334459542_501179668_n

Dan terkini, beliau dikatakan sudah mula cuba untuk menghafal surah al-fatihah dengan bantuan Mesut Ozil, pemain Real Madrid yang beragama islam. Dalam kenyataan lain pula, Ronaldo sering berehat diluar tempat berwuduk untuk mendengar Ozil mengaji Al-Quran dan kini beliau semakin tertarik dengan islam.
Mengikut statistik pula, Ronaldo akan menjejaki langkah beberapa pemain bola sepak islam ternama seperti Samir Nasri, Yaya Toure, Nicolas Anelka dan banyak lagi. Ronaldo juga antara pemain termuda yang menerima nilai gaji paling lumayan jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang beragama islam lain.
Cristiano Ronaldo dan Mesut Ozil juga kini merancang untuk membina masjid di Real Madrid untuk memudahkan umat islam di sana mengerjakan ibadah solat selain berdakwah secara langsung. Begitulah kuasa Allah, Dia berkuasa atas setiap apa yang Dia kehendaki. Sumber

7615_508817355826793_1594729000_n

Contengan: Sama-Sama kita doakan saudara baru dan seterusnya mampu menarik minat peminat Cristiano Ronaldo untuk memeluk Islam. Pengaruhnya cukup besar dalam arena bola sepak dunia.


Aksi Gwiyomi Yang Paling Lawak Dalam Dunia haha


on SATURDAY, APRIL 27, 2013

Aksi Gwiyomi Yang Paling Lawak Dalam Dunia | Demam Gwiyomi masih kuat melanda dinegara kita bahkan dinegara lain juga, tidak terkecuali para artis yang turut memuatnaik aksi mereka dengan gaya Gwiyomi tersendiri seperti Nora Danish.

Tetapi admin Kezoom berasa, aksi yang paling hangat atau paling lawak adalah dari lelaki ini yang entah dari negara mana. Dengan ketiadaan gigi depan dan muka yang selamba, dia menggayakan aksi Gwiyomi dengan gaya beliau yang tersendiri....pasti lawak.

Aksi Gwiyomi Yang Paling Lawak Dalam Dunia


Jom saksikan Aksi Gwiyomi Yang Paling Lawak Dalam Dunia dibawah....

woww Kerja Paling Berbahaya Di Dunia



Rating
Di Bukit Shifou,China terdapat kerja-kerja pembinaan laluan jalan. Ia dapat dikategorikan sebagai kerja paling merbahaya di dunia kerana bukit tersebut sangat curang. Mari kita lihat kerja-kerja pembinaannya :
scariestjob

scariestjob2scariestjob4scariestjob3insane_chinese_workers_risk_life_640_03insane_chinese_workers_risk_life_640_07insane_chinese_workers_risk_life_640_08insane_chinese_workers_risk_life_640_09insane_chinese_workers_risk_life_640_15
Dan Inilah Hasilnya:
insane_chinese_workers_risk_life_640_04

PEMBEDAHAN PLASTIK MEMBUATKAN SEMUA RATU CANTIK SAMA? hot



Korea Selatan antara salah satu negara yang paling rancak dalam melakukan pembedahan plastik.Hal ini menjadi lebih jelas  apabila gambar-gambar peserta pertandingan RATU CANTIK seakan-akan sama.Dari mata,hidung,mulut dan rambut seakan-akan sama.Lihat gambar yang akan disajikan.LOL?DAFUQ?
"I wonder if, as they all look the same, the judges pick the winner by their true talents"

Speechless.