Thursday, November 28, 2013

Kos Perkahwinan Menyebabkan Ramai Lelaki Dan Wanita Banyak Membujang...




Kos Perkahwinan Menyebabkan Ramai Lelaki Dan Wanita Banyak Membujang

Kos Perkahwinan Menyebabkan Ramai Lelaki Dan Wanita Banyak Membujang | Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita
Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan. Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.
Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?
Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud:
  • “Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin. Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin.
Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.
Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya. Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.
Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.
Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan. Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.
Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi. Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan.
Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat. Tentunya ramai yang berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran. Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000. Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.
Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)
Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal. Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.
Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang. Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.

Note: Citer pasal kos perkahwinan amat memeningkan... bagi lelaki... sebanarnya banyak lelaki yang dah ada pilihan hati ataupun pasanagan ... tapi kos yang tinggi ini lah menjadikan beban kepada lelaki untuk berkahwin. bagi wanita jangan lah letak kos tu telalu mahal sangat lah kan mampus lelaki law kos tu terlalu tinggi... jo....

BUAH TERPELIK DIDUNIA!!

BUAH TERPELIK DIDUNIA


Mungkin ini adalah jenis buah yang paling lucah di dunia, tanaman unik ini tumbuh di vietnamm dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah. Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara, berwarna "blue", uniknya lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara.


Saya potong gambar ini pada bahagian hujungnya, orang pasti akan menyangka bahawa ini adalah gambar payudara gadis Namun setelah di lihat secara lengkap kita akan melihat bahawa ini adalah bahagian hujung dari buah loofah tersebut.


buah yang berbentuk payudara


buah yang berbentuk payudara




buah yang berbentuk payudara

DISINI

5 Kesilapan Berfesyen yang menyebabkan anda kelihatan lebih tua>>PENTING!


Ada orang bila berfesyen akan nampak sangat cantik dan menawan serta kelihatan muda. Tapi ada pula orang ni bila berfesyen akan nampak lebih tua, lebih hodoh dan kurang menawan. Hanya syok sendiri jer. Mungkin bagi orang tu, dia dah kelihatan cantik dan sempurna. Padahal kalau dilihat dari kaca mata orang lain, nampak macam ada yang tak kena saja. Semuanya gara-gara kesilapan berfesyen.


Selain nampak kurang menawan, kesilapan dalam berfesyen boleh menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ada beberapa faktor kesilapan fesyen yang boleh membawa kepada masalah ini. Informasi ini gua rembat dari slot Gaya Hidup Yahoo!


1. Cara Berpakaian

Kalau boleh sebelum ingin menggayakan sesuatu pakaian mintalah pendapat dan nasihat dari kawan kerana kadangkala mereka dapat membantu anda mencari pakaian yang secocok dan sesuai mengikut trend semasa. Yang penting banyakkan membaca majalah dan info berkaitan fesyen agar anda boleh membezakan dan mengetahui apakah fesyen terkini yang kena untuk anda gayakan. 


2. Menggunakan alat solek berlebihan

Mimpi ngeri buat si jejaka jika melihat si wanita idaman memakai mekap terlalu tebal yang mana pasti kelihatan seperti orang tua . Elakkan dari memakai mekap terlalu banyak dan berlebihan kerana mekap itu sebenarnya menyembunyikan kecantikan anda, sebaiknya jadilah 'natural beauty' iaitu kurangkan mekap tetapi lebihkan senyuman yang mana senyuman manis yang terukir pastinya membuatkan wajah anda awet muda dan jelita. 


>> Orang yang suka berfesyen bukan semuanya suka berdiet. Ada juga yang suka makan KFC. Nah!! KFC ada set terbaru RM4 jer tau. Terjah web KFC sekarang!


3. Mengabaikan penggunaan krim pelindung sinaran UV

Pancaran matahari sememangnya membekalkan vitamin D tetapi sekiranya kulit anda terdedah terlalu lama ianya bukan sahaja menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil bahkan ia juga merosakkan warna semulajadi yang mana menyebabkan kulit kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Seeloknya sebelum keluar gunalah krim pelindung sinaran UV dan elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari yang terik. 


4. Penggunaan aksesori lama

Penggunaaan aksesori lama seperti barangan perhiasan gelang, rantai dan sebagainya perlulah dijauhi kerana anda haruslah peka dan 'up to date' dengan gaya terbaru terutamanya apabila berkaitan dengan beg tangan, jenis pakaian, warna terkini dan aksesori terbaru yang dijual. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan elegan dan anggun kerana hasilnya pasti anda menjadi perhatian si jejaka yang tertarik dengan fesyen yang anda gayakan itu. 


5. Gabungan warna / kombinasi warna

Gabungan dan kombinasi warna yang salah seperti warna berwarna-warni dan tidak teratur boleh melihatkan struktur badan dan kulit anda kelihatan lebih tua. Sebaiknya janganlah pilihlah warna yang pudar kerana ia tidak sesuai dengan jiwa muda dan remaja anda. 


>> Fesyen remaja sekarang banyak dipengaruhi oleh unsur KPOP. Dari rambut sampailah ke Gwiyomi. Salah satu band Korea yang popular dan menjadi kegilaan remaja ialah Boys Republic. Tengoklah fesyen mereka ni nanti bila buat konsert kat Malaysia.


Pakaian itu melambangkan personaliti dan juga merupakan aset terpenting untuk anda tampil menawan, feminin dan ayu sentiasa. Ini kerana setiap gaya dan pakaian itu haruslah memaparkan imej anda tersendiri kerana kadangkala 'first impression' seseorang itu terletak pada bagaimana anda berpakaian. 


Ketahuilah cara solekan, dandan rambut itu semua haruslah dijaga rapi untuk memastikan anda kelihatan muda setiap hari kerana dirimu berharga.


Jangan saja jadi macam ni...

hohoho...

Peningkatan ibu muda di Malaysia risaukan aktivis ..


Peningkatan ibu muda di Malaysia risaukan aktivis

Jumlah ibu muda yang semakin meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

Tahun lepas sahaja, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya oleh remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.

Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle Gyles-McDonnough berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai wanita kehilangan peluang untuk mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara.

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagaiisu, daripada menamatkan  serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 "Menjadi Ibu Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja" di sini pada Khamisi.

Beliau berkata oleh itu, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan seks ketika usia muda.

Gyles-McDonnough berkata pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.

Katanya menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.

Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.

"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan remaja.

Gambar lucah pelajar – JAIP perlu siasat [PANAS]//



Kuala Lumpur – Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.
Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.
Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.
Tak hormati undang-undang
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.
Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.
Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali, menurut sumber Berita Harian.
Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.
Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan.

Tuesday, November 26, 2013

PERGHH!!!! Posing SEKSI maut dari Neelofa..



Cun betul Neelofa dalam gambar yang satu ni kann... Memang mek kelate ni terbukti antara artis yang paling anggun ketika ni..

Tak kisah la Neelofa posing macam mana sekalipun.., beliau tetap akan kelihatan menarik dan superb...

Ish..ish...ishhh...., berdarah hidung gua pepagi buta ni beb... Huhuhu.

Misteri ! Seluar Dari Kulit Manusia Khas Untuk Ahli Sihir


 Di Muzium Sihir di Iceland ( Museum of Icelandic Sorcery and Witchcraft ) di Holmavik , memaparkan sepasang seluar yang diperbuat daripada kulit manusia asli . Menurut UPI.com , seluar kulit itu dicipta pada abad ke - 17 , berasal dari kulit ahli penyihir dan diyakini membuat pemakainya akan beruntung dan digunakan untuk sihir .

 Pengamal sihir pada masa itu percaya bahawa kuasa ajaib boleh dipindahkan dengan memakai kulit - nya dan mereka membuat perjanjian siapa pun yang mati lebih dulu akan menjadi sepasang " necropants " . Ahli sihir terakhir yang masih hidup perlu mengambil kulit ahli sihir yang telah mati dalam satu potongan , dan dia boleh memakai kulit itu sebagai sebahagian dari tubuhnya .

 Selepas itu , dia harus mencuri syiling dari seorang janda , dan menempatkannya dalam skrotum ' seluar kulit ' , di samping tanda ajaib yang disebut nĆ”brĆ³karstafur , " untuk menjadi kaya melalui cara ghaib ( menurut kenyataan UPI ) .


Menarik ! Baju Berduri Direka Elak Dica.bul???



Keretapi bawah  di Singapura boleh dikatakan sangat ramai di jam sibuk, atas dasar itu, pereka industri Siew Ming Cheng hadir dengan cara yang 'sopan' untuk mendapatkan beberapa ruang lebih  dan menggelakan diri dicabul didalam keretapi yang penuh dengan penumpang selama perjalanan sehari-hari. Dia mencipta "Spike Away", rompi hijau terang yang diperbuat dari jenis plastik fleksibel dan runcing yang biasanya digunakan untuk menjaga haiwan dari tanaman di kebun. Spike Away tidak menyebabkan orang lain terluka, dan mungkin tidak akan membuat anda mendapat teman selama jam sibuk pagi hari.

Gambar peragut kantoi, ditabuh wanita yang diragut,,


Gambar peragut 21 tahun yang kantoi di'tabuh' wanita diragutnya. Dia cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Ketika kejadian, wanita 30-an itu sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.

Secara tiba-tiba, peragut malang itu datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan dari lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari kedai.

Mangsa bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Pergelutan berlaku menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit. Lelaki cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Bagaimanapun mangsa mendapat kecederaan sehingga menerima 7 jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan dan menerima rawatan di Hospital Jengka.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Akaun FB palsu pelajar UMP, gambar lucĪ±h tak palsu kan!!..

Fatihah Hakema_1Fatihah Hakema_2Hari ini Berita Harian melaporkan tentang penyebaran gambar lucĪ±h pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP) di Facebook dan meminta Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) menjalankan siasatan.
Gambar yang  telah dimuat naik di akaun Facebook Fatihah Hakema. Akaun tersebut juga turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.
Sebelum ini beberapa blog melaporkan pelajar tersebut membuat dua laporan polis kerana akaun Facebook palsu tersebut. Akaun palsu yang diwujudkan bekas teman lelaki, Aizuddin Mazlan dan menyebarkan gambar mereka berdua. Penyebaran gambar tersebut gara-gara ingin pelajar tersebut ingin memuuskan hubungan dengan teman lelakinya.
Dalam laporan polis, pelajar perempuan itu juga mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
Persoalannya walaupun akaun Facebook itu palsu, gambar iu tak palsu kan!! Inilah akibatnya tindakan bodoh sebelum ini. Seronok kan bergambar sebelum ini, mana pakaiannya, apa kau buat!!
Itulah padahnya yang terpaksa diterima, jangan mudah terpedaya dengan si jantan!!

Sunday, November 17, 2013

Jacqui Beck, wanita yang lahir tanpa vagina??




(Foto: Jacqui Beck / Daily Mail)

Jacqui Beck didiagnosis MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu satu sindrom yang mempengaruhi sistem pembiakan, yang membuatnya lahir tanpa rahim, tanpa serviks juga tanpa lubang faraj.

Sejak lahir, badan Jacqui Beck sudah tidak mempunyai organ-organ pembiakan, termasuk faraj. Tapi orang tuanya tak pernah sedar. Kondisinya baru ketahuan setelah Beck berjumpa doktor kerana sakit punggung dan tidak juga datang haid meski usianya sudah menginjak 17 tahun

Menurut hasil pemeriksaan, di tempat yang seharusnya menjadi faraj hanya ada sebuah lesung kecil tanpa lubang, yang ertinya Beck tidak akan boleh melakukan hubungan seksual atau melahirkan anaknya sendiri.

"Saya tidak pernah menganggap diri saya berbeza dari perempuan lain. Selepas mendengar berita mengejutkan ini, saya tidak boleh percaya apa yang saya dengar. Saya yakin doktor keliru, tapi ketika itu menjelaskan mengapa saya tidak mengalami haid, semuanya mulai masuk akal," ujar Jacqui beck.

Perasaan Beck begitu hancur mengetahui bahawa dirinya berbeza dari perempuan lain. Dia tidak akan mampu merasakan bagaimana rasanya hamil, melahirkan, bahkan datang haid.

"Saya benar-benar marah dan merasa seperti saya bukan wanita sejati lagi," tambahnya

Mrkh (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) adalah kelainan bawaan yang mempengaruhi satu daripada 5,000 wanita di Britain. Hal ini ditandai dengan tidak adanya faraj, rahim dan leher rahim. Wanita dengan keadaan ini mempunyai ovari yang berfungsi normal, sehingga akan mengalami tanda-tanda akil baligh normal tetapi tidak akan mengalami haid atau kehamilan.

Alat pembiakan luaran biasanya tampak normal, itu sebabnya MRKH tidak ditemui sehingga wanita berada di usia remaja. Kelainan ini biasanya ditemui ketika seorang wanita cuba untuk berhubungan seks atau tak pernah dapat haid.

Nampak lurah dada, Fasha anggap tak seksi ??




 SATU babak filem Penanggal yang menggandingkan Fasha bersama Zul Arifin.

AKTRES Fasha Sandha yang ditemui pada malam prebiu filem Penanggal lakonannya baru-baru ini kelihatan semakin jelita dengan baju gaun hitam yang membaluti tubuhnya.

Tidak keseorangan, ibu kepada Putra Rayfal Ramli, tujuh bulan, itu hadir bersama suami tersayang, Rizal Ashram atau Jejai.

Biarpun bukan peminat filem seram tetapi aktres berusia 29 tahun itu berani menyahut cabaran membintangi Penanggal yang turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Azri Iskandar dan Zul Ariffin itu.

Membawakan watak gadis Arab bernama Sharifah Zahrah, ada beberapa babak yang memaparkan keseksian aktres itu dalam mengenakan busana Arab.

Fasha menjawab mengenai hal itu selain bercerita mengenai cabaran membintangi filem sulung arahan aktres hebat Elly Suriati itu.

Ikuti temu bual bersama Fasha selanjutnya.

Kosmo!: Khabarnya masih belum sihat tetapi datang juga ke malam prebiu filem Penanggal?

FASHA: Ya, masih demam sejak hari itu. Ketika saya demam, risau pula mahu beri anak susu, takut berjangkit. Mujur saya tanya kakak saya yang sudah memiliki anak tiga orang sama ada boleh menyusukan anak atau tidak. Dia cakap boleh, tak berjangkit sebab susu ibu ada antibodi. Cuma dia cakap jangan kerap cium anak takut berjangkit tetapi saya cium juga (ketawa).

Apakah perasaan tonton lakonan anda dalam Penanggal?

Ini kali pertama saya menonton Penanggal. Sebagai pelakon, memang akan ada rasa untuk perbaiki lagi mutu lakonan tetapi kalau pengarah puas hati, saya lega. Saya suka keseluruhan filem ini walaupun ada beberapa babak yang dipotong.

Kenapa babak tersebut dipotong dan apakah babaknya?

Ia babak membabitkan lakonan saya. Mungkin ia dipotong disebabkan terlalu panjang. Babak membabitkan apa tidak perlulah saya beritahu.

 FASHA hadir ke majlis tayangan perdana filem Penanggal bersama suami.

Maaf bertanya. Ada beberapa babak dalam Penanggal yang memaparkan Fasha dalam keadaan yang seksi. Kostum Arab yang dikenakan terlalu terdedah sehingga terlihat lurah dada anda. Komen Fasha?

Bagi saya, tidaklah seksi sangat. Benda itu biasa sahaja. Tidak perlu jadikan isu.

Fasha tidak berasa malu?

Tidak malu, malah berasa bangga menonton lakonan sendiri.

Apakah cabaran membawakan watak Sharifah Zahrah?

Semua babak susah terutama babak yang memerlukan saya berdialog dalam bahasa Arab. Memang kita boleh belajar dan hafal tetapi bagaimana nak buat lenggok bahasanya jadi semula jadi seperti orang Arab bercakap, itu yang susah.

Fasha suka filem seram?

Saya boleh tengok tetapi tidak berapa suka. Suami pernah kenakan saya ajak tengok cerita komedi tetapi sebenarnya cerita seram. Saya lebih suka cerita komedi. Bila tertekan dekat set penggambaran, saya akan lega bila tengok cerita komedi.

Kebiasaannya bagi pelakon yang membintangi cerita seram akan ada pengalaman berjumpa hantu. Bagaimanakah pula dengan Fasha sendiri?

Memang penggambaran Penanggal bermula dari pukul 6 petang hingga 7 pagi. Namun, saya tidak mengalami apa-apa peristiwa yang menakutkan.

Selama 10 tahun terbabit dalam dunia lakonan, saya pernah terlibat dalam dua buah drama seram dan sebuah filem seram iaitu Gong.

Namun Alhamdulillah, saya belum lagi mengalami peris- tiwa seram.

Bagaimanakah pengalaman bekerja di bawa arahan Elly Suriati?

Dia tahu naluri seorang pelakon. Jadi, dia tahu bagaimana nak cakap dengan pelakon. Dia sangat teliti dan semua perkara dititikberatkan. Bukan mudah seorang pelakon sepertinya mahu buat naskhah seperti ini.

Selain daripada Penanggal, apakah drama atau filem lakonan anda yang bakal keluar?

Drama Racun Ibu untuk slot Cerekarama TV3 serta dua buah drama bersiri untuk RTM dan TV3.

cumelye...kucing ini


Wednesday, November 13, 2013

ANTU PBOLIS CARI INDIVIDU INI!;




Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2013/10/bantu-polis-cari-individu-ini.html#ixzz2kWSz0s3m

Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun ke atas seorang peniaga, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun disamun empat lelaki ketika dalam perjalanan ke kedainya di tepi Jalan Gopeng, mengakibatkannya kerugian kira-kira RM6,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, hasil gerakan bersepadu dijalankan, dua daripada ahli kumpulan berkenaan berjaya ditahan dan polis sedang mengesan dua lagi rakan mereka.

Menurutnya, dua individu berkenaan dikenali sebagai K Raguvaran, 22, yang beralamat terakhir di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Changkat dan rakannya, S Mathekumar, 21, yang tinggal di Taman Bandar Baru Puspa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes dengan modus operandi sama di sekitar kawasan ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Redha Pahlawi Abd Malek di talian 05-3629222 atau terus menghubungi 013-7717645,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Shaharon Anuar berkata, pihaknya turut mengesan Safiuddin Hashani, 23, bagi membantu siasatan kes rogol pelajar berusia 14 tahun, tahun lalu.

Katanya, Safiuddin berasal dari Taman Hijau Bemban di sini, dikesan bekerja sebagai buruh binaan di Perlis dan dipercayai masih berada di negeri itu.

Mereka yang mengetahui di mana Safiuddin diminta segera menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah di talian 05-03629222.

Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suriyantee di talian 017-4000950 bagi membantu siasatan.


Rakaman Video Kedai Telefon Bimbit Dirompak di Klang Tersebar,,



Rakaman video memaparkan babak sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Puteri Klang dirompak telah muat naik di YouTube untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa perompak berkenaan masih bebas.
Rakaman video berdurasi 1.40 minit yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan memaparkan babak seorang lelaki mengacukan sebilah parang kepada pembantu kedai sebelum menggeledah kedai berkenaan.
Perompak berkenaan turut memecahkan kabinet pameran sebelum melarikan diri dengan barangan yang dicuri dalam insiden yang berlaku pada pukul 7.20 malam Selasa.
Rakaman video berkenaan dimuat naik oleh adik kepada pemilik kedai telefon bimbit tersebut, Suresh Kalyenannan, 25, di laman Facebook, 'Malaysian Crime Awareness Campaign' pada pukul 2 pagi Rabu.
Suresh berkata perompak berkenaan turut meragut seutas rantai daripada leher pembantu kedai yang ketakutan itu.
"Ia menyebabkan leher Ana (pembantu kedai) luka dan bertanda merah, " kata Suresh ketika dihubungi pada Rabu.
Ketika rompakan berlaku, seorang tukang gunting rambut dilihat sedang membuka pintu kedainya. Dia segera melarikan diri apabila melihat kejadian rompakan itu berlaku.
"Dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku," kata Suresh.
Beliau berkata kedua-dua suspek juga mungkin terlibat dengan beberapa kes rompakan di kawasan berkenaan.
"Mereka telah dilihat berada di kawasan ini sejak Deepavali. Mereka menaiki kereta Perodua Myvi berwarna kelabu," katanya.
Kedua-dua suspek masuk ke kedai berkenaan untuk membeli kad tambah nilai sebelum merompak kedai berkenaan 10 minit kemudian.
"Saya rasa mereka mahu memastikan Ana seorang diri sebelum mereka merompak kedai berkenaan," kata Suresh sambil menambah dia mengalami kerugian bernilai RM1,000 akibat rompakan tersebut.
"Kami telah membuat laporan polis," katanya.
Video berkenaan dikongsi di Facebook MCPF sebelum dimuat naik di YouTube.
Laman Facebook MCPF turut mendapat ratusan komen yang mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu.
Mereka menggesa pihak polis segera menangkap kedua-dua lelaki berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Mohamad Mat Yusop berkata pihak polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan.
"Kami telah melancarkan operasi untuk menjejaki suspek," katanya.


5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku


Assalamualikum,
Amacam hari ni? Hope semua sihat disamping tersayang icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku . Minggu lepas berakhirlah ‘drama petang-petang‘  Love You Mr Arrogant. Tak sangka saya yang ganas ni pun terjebak nak tengok cerita ni. Actually saya nak tengok cerita ni bukan sebab Zya Zara pun tapi sebab watak Khairi Azlee icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku .
sFilem 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku
Sesebuah filem atau drama TV tu laku bukan sebab stesen TV atau panggung yang menyiarkan tu ada nama besar even kalau TV1 bikin cerita tapi kalau 5 unsur ni ada maka cerita tu tetap boleh tarik penonton.

1. Tajuk
First impression penonton ialah pada tajuk. Kalau tajuk tu biasa-biasa ataupun mengarut comfirm sah2. Tak percaya? Ok SSID atau nama penuh cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia top sebab tajuk dia jugak. Kenapa? Sebab menarik dan menimbulkan pertanyaa lalu orang nak tengok. Orang nak tau maksud disebalik ayat tu. Cuba tukar Saya Memang Isteri Dia. Tajuk je dah puiiihhh. Tu belum lagi tajuk cerita drama terbaru TV3. Drama macam tu pun ada eh? haha.. Lagi satu cuba bezakan KL Gangster 2 dengan DAMPAK…
2. Pelakon
Ni sangat penting. Sebenarnya tak payah letak pelakon star pun filem atau drama itu boleh top janji watak tu kena. Tak percaya. Cuba kalau letak pelakon perempuan ceritaLYMA (ambil short form jelah) dari Zya Zara kepada Yana Samsudin. Macam tak kena je …Macam tak kena je… So kat situ pemilihan pelakon tu penting.
3. Jalan Cerita
Ni antara faktor terpenting. Kalau letak pelakon best macam Harun Ajiz tapi jalan cerita sampah baik tak payah tayang. Buat orang sakit hati je. Dari elok-elok boleh untung tapi sebab jalan cerita sucks terus jahanam nak bayar pelakon pun xmampu. Banyaklah filem dan drama melayu yang macam ni tapi yang peliknya masuk tv pulak tu.
4. Sound Track
Sound track atau runut bunyi ni pun satu elemen besar yang boleh buat filem atau drama tu jadi best. Kenapa penting? Sebab Sound Track tu lah akan buat penonton ingat cerita tu. Sound track pun nak kena matching dengan jalan cerita. Tak bolehlah nak ikut sedap tekak sendiri je. Antara cerita yang tak kena dengan sound track macam cerita ‘Demi Dia‘ memang tak kena langsung dengan jalan cerita yang sepatutnya. Dah la pelakon diapun xkena.
5. Skrip
Yang ni kalau dalam filem kurang sangat pentingnya tapi dalam drama memang penting. Kenapa? Sebab most of drama Melayu alaf baru adalah cerita dari novel. So kalau skrip diolah tak menarik makan efek dia pada lakonan pelakon. Letaklah pelakon hot macam Lana Nordin sekalipun kalau skrip jahanam orang tengok sekali je.
Ni just pendapat saya sebagai seorang penonton bukan sebagai seorang yang sangat arif dalam perfileman atau pendramaan (ada ke istilah ni?). Saya saya setiap penonton pun lebih kurang sama je kot. Tapi yang pelik drama-drama atau filem yang terhasil zaman sekarang ni hanya ikut tekak producer dan pengarah je. Banyak cerita yang terhasil tak menarik pun bagi peminat tapi tetap keluar dan ditayangkan sebab $$$. Pastu bila tak balik modal salahkan penonton tak support industri temoatan padahal cerita dia sampah! icon smile 5 Sebab Movie Atau Drama Itu Laku . Apa kata korang pulak kasi pendapat apa yang lack atau apa yang boleh buat filem atau drama dalam Malaysia ni dapat rating tinggi…

Thursday, September 5, 2013

Gambar Jehan Miskin & Isteri pakai rantai seakan salib (cross) dikritik peminat..!

!


Gambar Jehan Miskin pakai rantai seakan salib dikritik peminat - Isu artis memakai rantai berbentuk salib memang berlaku di mana-mana. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pernah dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang memakai loket berunsurkan lambang salib.

Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".

Sebahagian komen-komen yang ditinggalkan peminat meminta pelakon kacak itu berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori kerana dikhuatiri akan mempengaruhi pemikirannya sebagai orang Islam.

Sebagai menjawab kepada kritikan peminat tanpa usul periksa, Jehan menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.

Gambar Gadis Malam Merdeka Kemalangan Motosikal..?!!



"Kemalangan di Seremban - Pasangan maut di tempat kejadian. Malam merdeka keluar tak pakai baju. Si perempuan cuma tutup badan dengan bendera dan dalam kemalangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga segala dosa mereka diampunkan Allah.

- Ustaz Racing -"

Monday, August 26, 2013

Cara Wanita Membuat Lelaki Menjadi Bernafsu!!



Cara Wanita Membuat Lelaki Menjadi Bernafsu

Godaan.
Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia
tertaklukkepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang
diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi
menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah.
Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.


1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini
merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita
berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang
sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini
menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…


2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir
tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir
lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab
itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita
mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan
mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh
wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha,
tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi,
sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan,
bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu
yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka
biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum
memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk
memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan
kebanyakan lelaki tidak sedar akanrenungan pertama si gadis, maka anda
perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang
tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk
mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.


5. Usap objek bulat
Mengusap
sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang
mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling
gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda
sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa
sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.


6. Jengketkan pinggul anda
Bukti
perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran
panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan
pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti
sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika
anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah
pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita
mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding
lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia
menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak
boleh berjalan begini sebab itulah lenggokwanita merupakan ciri
perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan
lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita
yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja
mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan
tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja
mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang
meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada
bahagian ini.


9. Kekalkan minat si dia
Kajian
menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita,
apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan
tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg
tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia
boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan
minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan
kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini
merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi
peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.