Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah
| Bagi admin, kes Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah
adalah sangat berat, lagi lagi dia membuat dua kesalahan yang besar,
yang pertama menculik dan yang kedua merogol. Apa apa pun jom baca
berita penuh :
Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah
SABAK BERNAM – Seorang pengawal
keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan
merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam,
Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun
dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33,
di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9
pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi
wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak
melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara
Aeroback.
“Suspek bersama seorang wanita datang ke
rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke
dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya kepada
Sinar Harian.
Beliau berkata, berang dengan perbuatan
kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis
Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.
Susulan kejadian itu katanya, kira-kira
jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di
Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang
dikategorikan
sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.
“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya.
Noor Mushar berkata, polis yang menerima
maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai
mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok
pengawal
keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.
“Polis turut merampas dua telefon bimbit
jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai
emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.
Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi
tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi
menjalani
pemeriksaan lanjut.
“Polis turut menahan suspek lelaki
berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol,” katanya